Debut FM @twincitymarathon 2026 ππ»ββ‘οΈ.
Di setiap langkah,
ada hari-hari penat,
ada air mata yang tak sempat jatuh,
dan doa yang diulang dalam diam.
Proses ke sini tak selalu indah.
ada masa badan rasa berat,
ada masa fikiran hampir menyerah
setiap hari aku persoalkan kenapa mula berlari.
Aku percaya bahawa kegembiraan dan duka
boleh wujud dalam satu perjalanan yang sama.
Senyum di KM awal, sakit di pertengahan, dan perjuangan sebenar di KM akhir.
Aku teruskan bukan sebab nak tunjuk hebat,
tapi aku tak mahu berhenti.
Sepanjang larian ini, aku jumpa ramai manusia hebat
berbeza umur, fizikal dan latar belakang masing-masing ada cerita sendiri dan itu buat aku sedar aku tidak berjuang sendiri.
Saat melintasi garisan penamat,
aku tahu ini bukan sekadar medal.
Ini membuktikan aku mampu bertahan
walaupun keadaan paling lemah.
Alhamdulillah terima kasih ya Allah atas kekuatan, tak lupa jua pada keluarga, sahabat dan semua yang menyokong dari jauh mahupun dekat doa kalian membawa aku sampai ke sini.
Debut ini akan ku simpan sebagai peringatan;
hidup sama seperti marathon ada gembira ada duka,
tapi yang penting teruskan melangkah π₯π₯π₯.
#pelarisiput #debutfullmarathon #twincitymarathon2026 #runningjourney #makeithappen
Alhamdulillah π€²
first debut FM @twincitymarathon 2026
bukan kerana aku hebat, tapi Allah izinkan n beri kekuatan
terima kasih kepada semua yang mendoakan, menyokong, dan percaya langkah ini milik kita semua π«‘π―.
tolong saya kisar lagi ππΌ (sub4) π¬
-abang khalid
@jamalarbi@_aimanwoong@danialh6199@_ameerashraff
#pelarisiput #TwinCity2026 #keluargadansahabat #selagimampu #trusttheproces