Home vocketfcPosts

VOCKET FC

@vocketfc

Followers
36.5k
Following
155
Account Insight
Score
39.71%
Index
Health Rate
%
Users Ratio
236:1
Weeks posts
Jaringan tunggal penyerang import, Jerome Etame sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan berharga buat Kuching City FC apabila menewaskan KL City FC 1-0 dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Negeri, malam ini sekali gus mengesahkan tiket ke pentas Asia, ACL2 musim depan. Kemenangan penuh dramatik itu membolehkan The Cats menamatkan saingan liga di tangga kedua dengan mengumpul 53 mata, mengatasi pencabar terdekat, Selangor FC yang berada di kedudukan ketiga dengan 52 mata.
273 2
7 hours ago
Iran berpotensi jadi gergasi sukan Sepak Takraw..
272 1
19 hours ago
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sudah mengemukakan permohonan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mendapatkan barisan pengadil antarabangsa terbaik untuk mengadili final edisi ke-99 itu. Permohonan itu membabitkan empat pengadil luar negara termasuk dua pembantu pengadil dan seorang pengadil Video Bantuan Pengadil (VAR). "Keputusan untuk menggunakan kepakaran pengadil luar negara ini dibuat sebagai langkah untuk memastikan mutu pengadilan berada pada tahap terbaik selain menjamin integriti dan kelancaran perlawanan akhir yang menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air," kata Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.
347 1
2 days ago
Selangor FC (SFC) hanya selangkah untuk menjulang trofi sulung pada musim ini selepas mengesahkan slot ke final Kejuaraan Kelab ASEAN, Piala Shopee sebentar tadi. Menanti mereka di final adalah juara bertahan, Buriram United yang menewaskan satu lagi wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan keputusan 4-3 secara agregat. Aksi final pertama akan berlangsung pada 20 Mei sementara final kedua pula pada 27 Mei.
681 41
4 days ago
Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Ashwad Ismail berkata, pendekatan kerjasama bersama Unifi, CelcomDigi dan UMobile itu membolehkan kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2026 disiarkan kepada rakyat Malaysia tanpa membabitkan perbelanjaan besar kerajaan. "Ini hasil kerjasama strategik pelbagai pihak dan sebahagian besar ditanggung penaja. RTM dan kerajaan hanya mengeluarkan perbelanjaan paling minimum," katanya. Menerusi kerjasama itu, semua perlawanan Piala Dunia 2026 akan disiarkan menerusi platform RTM dan Unifi TV. Sumber: Berita Harian
655 11
4 days ago
Jangan ingat orang berisi tak pandai gulung..
378 12
4 days ago
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengakhiri saingan Liga Super musim ini dengan mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang 24 perlawanan liga apabila membelasah Kelantan The Real Warriors (TRW) 14-1 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. Lebih manis kejayaan itu dikecapi selepas skuad Harimau Selatan melakar pencapaian rekod tanpa kalah 108 perlawanan sejak musim 2021 dan menyamai rekod dunia dilakar kelab dari Ivory Coast, ASEC Mimosas sejak dari tahun 1989 hingga 1994. Melihat kepada prestasi semasa dan dominasi dipamerkan juara Liga Super 12 kali berturut-turut itu, peluang untuk mereka memecahkan rekod dunia berkenaan pada awal musim depan tampak cukup cerah. Sumber: Berita Harian
824 41
7 days ago
Kepimpinan progresif serta visi luar biasa Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam memacu pembangunan sukan di negeri itu membolehkan baginda dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Sukan Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2025. Menerusi kepimpinan baginda, Johor Darul Ta'zim (JDT) berkembang menjadi jenama sukan paling berjaya dan berpengaruh di Malaysia dengan dominasi berterusan dalam saingan domestik selain mencipta sejarah di pentas Asia. Kejayaan menjuarai Piala AFC 2015 menyaksikan JDT muncul kelab bola sepak Malaysia pertama menjulang trofi berprestij Asia itu, sekali gus mengangkat nama Johor dan negara di peringkat antarabangsa. Selain pencapaian di atas padang, Tunku Mahkota Ismail turut berjaya membina penjenamaan JDT sebagai sebuah organisasi sukan moden dan bertaraf dunia menerusi pengurusan profesional, pemasaran strategik, pembangunan infrastruktur moden serta penggunaan teknologi dan sains sukan. Sumber: Berita Harian
507 46
8 days ago
Selangor FC membawa bekalan cukup penting ke Vietnam apabila melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Nam Dinh FC dalam aksi separuh akhir pertama Kejuaraan Kelab Asean (ACC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, malam tadi. Bekalan satu gol itu penting buat skuad Red Giants dalam misi memburu tiket ke pentas final bagi edisi kedua ini. Malah kempen ACC ini peluang terakhir buat anak buah Kim Pan-gon memburu gelaran juara selepas terlepas kesemua trofi domestik dan tersingkir awal dalam saingan Liga Juara-Juara Asia II musim ini. Sumber: Harian Metro
217 3
11 days ago
Johor Darul Ta’zim (JDT) tersentak di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri selepas tewas 1-3 kepada Buriram United pada aksi separuh akhir pertama Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26 yang berlangsung sebentar tadi. Meskipun turun beraksi di laman sendiri serta mendominasi permainan jelas tidak dapat membantu skuad kendalian Xisco Munoz itu untuk mencatatkan kemenangan. Sebaliknya, Buriram United yang memiliki rekod pertemuan lebih baik ketika bertemu kelab gergasi Malaysia itu dilihat lebih garang menyempurnakan peluang terhidang. Baca artikel penuh di thevocket.com Baca juga artikel kami di https://luminews.my [Lumi News]
281 14
11 days ago
Radio Televisyen Malaysia (RTM) diumumkan sebagai penyiar utama Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia dan disokong oleh Unifi TV sebagai rakan penyiar bagi meluaskan capaian. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata, RTM akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda menerusi MyTV Broadcasting, selain platform penstriman RTM Klik. "Sementara kesemua 104 perlawanan pula akan disiarkan secara langsung di Unifi TV, sekali gus memberi pilihan menyeluruh kepada peminat bola sepak di negara ini," katanya dalam sidang media mingguan, hari ini. Sumber: Berita Harian
714 26
11 days ago
Mood penyokong Arsenal ke pejabat pagi ini.
69 0
11 days ago