Dulu ingat bahagia datang bila banyak pencapaian…
jawatan makin tinggi, rumah makin besar, kereta makin mahal, orang makin kagum.
Tapi makin dewasa, baru sedar…
bahagia sebenar bukan pada apa yang kita miliki.
Tapi pada hati yang belajar bersyukur dengan apa yang ada, dan redha dengan aturan-Nya.
Anak- anak semakin membesar.
Semakin kuat makan.
Langkah penjimatan skrg ni ditambah dengan cabaran ekonomi semasa, banyak memasak di rumah.
It’s a good therapy for me too.
Mudah ada panduan online banyak skrg ni.
Kalau beli pes ni, dah RM 2.70 sepaket.
Modal buat sendiri tak sampai RM 10 untuk dapat lebih 20 paket.
Bahan A:
Bawang kecil x 10 biji
Bawang besar x 2 biji
Bawang putih 10 ulas
Cili api x 10 biji
Halia x 2 inci
Buah pelaga (optional) x 4 biji
Bahan B:
Minyak masak
Garam
Gula
Serbuk Lada putih
Serbuk Lada hitam
Kaedah:
1. Goreng bahan A sehingga naik bau
2. Blend bahan A dicampur sedikit air sehingga lumat.
3. Tumis bahan A yg dikisar dan masukkan bahan B sehingga pecah minyak. Siap.
4. Tunggu sejuk baru pack. Saya tak gemar masukkan MSG. Simpan dalam peti ais.
Yang seronoknya, buat bersama anak- anak.
Selain dapat mengajar ilmu kemahiran hidup di dapur, dapat bina memori bersama.
Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah bagi. 😊
Hidup ini untuk diuji.
Walau macam mana kita rancang kehidupan kita pun, hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita.
Perjalanan mencari hikmah.
Saya mohon maaf kepada sesiapa yang tersakiti sepanjang berurusan dengan saya.
Apa yang kita ada hari ini adalah pinjaman semata. Kelak akan disoal apa yang kita buat dengan kelebihan yang dipinjamkan sementara ini.
Hari ini saya belajar satu ilmu baru dan saya rasa penting untuk saya kongsikan kepada pemilik bisnes kecil seperti saya.
Supaya kita semua boleh jimat masa, wang dan tenaga daripada kesilapan yang sama.
1. Kebanyakan elaun sebenarnya wajib dimasukkan dalam kiraan caruman
Jika kita letak elaun seperti attendance allowance, elaun khas, elaun lain-lain, semuanya biasanya dikira sebagai pendapatan dan perlu dicarum.
2. Tidak semua elaun dikecualikan
Elaun yang biasanya tidak dikira termasuk:
• Elaun perjalanan / travel
• Overtime
Jika tujuan kita nak beri tambahan tanpa potongan, gunakan kategori yang betul.
3. Niat baik sahaja tidak cukup, sistem mesti betul. Walaupun kita nak bantu pekerja, jika struktur gaji tak betul, kita mungkin:
• Perlu buat bayaran tertunggak
• Hadapi audit atau pelarasan
• Buang masa pergi dan jelaskan kepada pihak berkenaan
Saya kongsikan ini bukan kerana saya sempurna.
Saya kongsikan kerana saya juga sedang belajar.
Kalau perkongsian ini boleh bantu satu pemilik bisnes kecil elak kesilapan yang sama, itu sudah cukup bermakna.
Semoga kita semua dapat bina bisnes dengan lebih tersusun, tenang dan berkat.
Dulu lepas upsr, dpt masuk sbp tapi keluar semula selepas sebulan. Time tu rasa bersalah sbb hampakan harapan semua org. Rasa menyesal. Balik sekolah dekat kampung.
Tapi, looking back now, tak menyesal langsung. Because, one of the good thing is that i got to spend my time with this guy.
Pukul 6.45 pagi dah standby depan rumah sama- sama kayuh basikal lalu jalan kampung utk ke smk iskandar shah. Damai dan tenang je pagi- pagi. Parking dekat rumah tok penghulu, jalan kaki pula dgn anak tok penghulu Almaududi Hisham ke sekolah.
Life was simple without internet, without any gadgets. We were so happy.
Maintain kurus la jong Azizul Hakim AR.
One of my best buddies dah pindah dekat sini.
Ada dah geng nak spend time tapi dalam fasa sebagai ayah pula. Bile kome nak kumpul semula ni Khairul Anam Che Mat Hakim Mohd Narwawi Shamsul Azuan Ahmad Khalid Alias.
Dulu masa tahun 2023
Kami banyak dpt undangan untuk saringan kesihatan percuma buat taman perumahan dan organisasi di sendayan yang ada buat jamuan hari raya di sekitar Sendayan.
Sekiranya pada tahun ini tuan/ puan masih berminat, boleh hubungi team kami ya.
Nombor contact ada di ruangan komen.
Isu tattoo & depression sedang trending sekarang.
Depression tak selalu nampak seperti orang yang lemah.
Kadang-kadang mereka masih bekerja, masih tersenyum, masih nampak “normal”.
Tetapi dalam diam… mereka sedang bergelut.
Bila seseorang buat sesuatu yang kita tak faham,
kadang itu bukan untuk perhatian tetapi satu cara untuk melepaskan rasa yang terlalu berat.
Saya bukan kata semua tindakan itu betul.
Tetapi menghukum tanpa memahami…
hanya membuatkan mereka lebih jauh dari mendapatkan bantuan.
Sebagai masyarakat, mungkin kita boleh mula dengan satu perkara mudah: empati.
Dan sebagai seseorang yang juga sedang melalui perjalanan ini…
Saya faham, kadang-kadang yang kita perlukan bukan nasihat…
tetapi seseorang yang memahami.
Jika anda sedang bergelut, anda tidak keseorangan.
Maaf Zahir & Batin daripada kami warga kerja Klinik Munir.
Semoga perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula dipermudahkan, selamat, dan dilindungi sepanjang jalan.
Hati-hati memandu.
Selamat Hari Raya daripada kami semua.