Uncle Tiger

@uncle.tiger

🚀 Hack A Launch . 💰 Bina Tawaran Menarik . 💡 Pelancaran Produk Baru & Lama . 7️⃣ Hari Sahaja . 👇Klik Link Di Bawah
Followers
41.4k
Following
243
Account Insight
Score
40.2%
Index
Health Rate
%
Users Ratio
170:1
Weeks posts
Port breakfast ing langkawi @nasidagangpakmalauofficial with @uncle.tiger And must visit @atvsafarilangkawi as the new attraction, waterfall atv ride at telaga tujuh. . Enjoy the ride with ryker @canam.malaysia . #breakfastinlangkawi #mustdoinlangkawi #activityinlangkawi #atvride #waterfall
0 4
11 days ago
Jangan pernah takut dengan pesaing. Kita tenung jer melihat gelagat ‘acah suci’ mereka. Depa nak acah saman? Mariii! LOD bukan penentu kejayaan sesebuah ‘claim’. Berhentilah menjaja LOD itu buatkan nampak kita yang benar. Belum tentu lagi, Dik. Uncle Anak Bekas Peguam #SifuApaMacamNi #HarimauMenangis Nota Penafian - Saya takde kena LOD or saman. Saja jer up pasal bosan melihat ponder baru hantar LOD jer dah claim dia menang kes. Hahaha!
18 0
2 years ago
30 2
1 year ago
Buat Uncle Tiger. Selamat hari lahir, Uncle Tiger, Seorang lelaki yang hadir bukan hanya ketika senang, tetapi ketika langkah masih bertatih, dan keyakinan masih dibina perlahan. Sejak hari-hari awal, Uncle Tiger percaya pada Ibu saat belum ramai nampak potensi, saat jalan belum jelas, dan dunia masih menguji. Wajah nampak tegas, nada suara kadang keras, namun di sebaliknya ada hati yang kelakar, caring tanpa banyak kata. Uncle Tiger bukan sekadar rakan strategi, tetapi pelindung yang tenang, penyokong yang setia, dan kekuatan di belakang tabir ketika Ibu perlu berdiri lebih kukuh. Terima kasih kerana menjadi bahu untuk bersandar, akal untuk berfikir bersama, dan kehadiran yang memberi rasa selamat. Semoga usia ini membawa kesihatan, ketenangan, dan keberkatan yang berpanjangan. Terus kuat, terus melangkah, kerana dunia masih perlukan lelaki seperti Uncle Tiger. - Ibu
16 0
3 months ago
Kalau kamu rasa Survival Game ini hanya sekadar permainan, kamu silap besar. Inilah simulasi paling hampir dengan dunia realiti iaitu saat team diuji dalam dunia VUCA yang bergerak lebih laju daripada keputusan kamu sendiri. Kamu akan sentiasa bermain dengan masa. Setiap minit yang lewat, risiko meningkat. Setiap keputusan yang tersasar, membawa pasukan semakin hampir kepada kegagalan. Beginilah rupa dunia sebenar bila bisnes kamu masuk ke zon bahaya tanpa kamu sedar. Team mula rasa tekanan. Semua yakin mereka betul. Semua mahu idea sendiri bertahan. Tetapi dunia VUCA tidak menunggu sesiapa dan inilah detik di mana organisasi sering runtuh dari dalam, bukan sebab musuh luar, tetapi kerana top team kamu yang tidak aligned. Survival Game tujannya untuk buka mata ramai pemimpin. Ia tunjukkan betapa bahayanya ego dan betapa mahalnya harga sebuah alignment. Kerana tanpa semua ni kamu bukan sekadar lambat membuat keputusan… kamu sedang kehilangan masa depan bisnes kamu. Pemimpin yang terselamat bukan yang paling hebat, tetapi yang paling rendah hati untuk berkata, “Ibu, kami nak grow, kami perlukan pertolongan.” Untuk Founders yang mahu bertahan dalam dunia VUCA, daftar BSS Batch 20 selepas Raya tahun depan. Kalau ada yg berminat untuk dapatkan bimbingan ibu, boleh tekan link dibawah, insyaAllah team Ibu akan susun jadual perjumpaan berserta syarat² nya. Klik link di BIO atau DM Ibu terus. #ibuhanim #annems #BSS #Organ3 #StrukturDanSistem
5 0
5 months ago
“Saya sangat bersyukur… Allah lorongkan saya kepada guru yang betul pada masa yang paling saya perlukan.” -Tn Malik, Pustaka Permata Ummah (PPU) ⸻ Apa yang berlaku pada Disember 2023 (Strategic Planning PPU yang pertama) tu… itulah turning point terbesar untuk Tn Malik dan syarikat. Itu moment yang buat PPU masih bertahan sampai sekarang. Tn Malik bawa 11 orang team waktu tu. Dan bila Ibu datang ke meja PPU… mereka terus “serah diri”. Kenapa? “Masa tu persepsi saya terhadap Ibu berubah sepenuhnya. Saya nampak keikhlasan dia. Saya nampak ketegasan yang lembut. Saya nampak seorang guru, bukan sekadar trainer. Saya jenis trust the process. Apa Ibu cakap, apa Tuan Hanif cakap, saya digest. Saya balik dan study. Saya jelas bahawa tahun ini saya perlu install culture baru dalam team & syarikat. Saya percaya ilmu Ibu & Tuan Hanif. Dan saya tahu formula “rumah” Ibu tu sangat mahal nilainya. — Untungnya peserta SP tahun ni, Allah hantar Ch Ira (guru TikTok) untuk bantu peserta detailkan bahagian TikTok dalam strategic planning. Lengkap. Tepat. Praktikal. Ibu akan selalu jemput guru-guru hebat untuk bantu melengkapkan strategy anak didik Ibu. Memang priceless. Pesanan berharga Tn Malik, “Orang kata bila kita jumpa guru yang betul… hidup kita berubah. Saya saksi benda tu berlaku.” #ibuhanim #annems #strategicplanning
7 0
5 months ago
Kenapa Datang Strategic Planning Bootcamp Lagi Baik Dari Buat Sendiri? Ramai founder rasa boleh buat sendiri Strategic Planning. Beli buku, tengok YouTube, salin template percuma. Nampak macam cukup, tapi bila buat sorang-sorang, lain jadinya. Selalunya kita mudah bias, nampak apa yang kita nak nampak saja. Blind spot takkan terbuka sendiri. Tambah pula tiada fasilitator nak cabar cara kita fikir. Ilmu pun bercerai-cerai, baca sana sini tapi tak tahu nak sambung Balanced Scorecard, SWOT dan KPI Tree jadi satu sistem. Bila buat sendiri, disiplin pun mudah lari sebab sibuk urus operasi harian. Dalam Bootcamp, semua ni disusun rapi. Ada guru yang bimbing langkah demi langkah, guna framework terbukti dari analisa data sampai ke KPI dan RACI Gantt Chart. Tambah pula suasana peer learning dan 5 hari fokus tanpa gangguan - memang waktu terbaik untuk rancang hala tuju 2026. Strategi bukan tempat berjimat. Dengan guru, haluan lebih jelas dan tepat. #ibuhanim #annems #strategicplanning #leadthroughthestorm
8 0
6 months ago
STRATEGIC PLANNING 2026 BOOTCAMP BATCH KETIGA BAGI TAHUN INI DAN TERAKHIR. 📍 Bermula hari ini, 5 hari 4 malam | Grand Swiss-Bel Melaka Setiap founder kena pause sekejap dari rutin harian untuk fikir hala tuju bisnes. Tanpa strategi yang jelas, bisnes akan hanyut ikut arus, bukan ikut peta. Strategic Planning ni proses untuk tentukan arah, susun keutamaan, dan pastikan semua orang dalam team bergerak seiring. Tahun 2026 nanti dunia makin mencabar (VUCA), jadi founder tak boleh sekadar reaktif, kena proaktif dengan pelan yang berpandukan data. Kita mula dengan Balanced Scorecard untuk sambungkan kewangan, pelanggan, proses dalaman dan pembangunan team. Kemudian, guna SWOT & TOWS untuk baca kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Akhirnya, semua KPI akan bersambung dalam satu KPI Tree supaya setiap usaha team selari dengan matlamat besar. Bootcamp ni bukan sekadar training, ini kompas untuk bisnes 2026. #ibuhanim #annems #strategicplanning #leadthroughthestorm
9 0
6 months ago
✨ Setup Day! ✨ Team tengah bersiap sedia untuk hari besar esok 🩷 Ibu tak sabar nak jumpa semua wanita hebat besok - let’s make magic together! #KauWanitaHebat #IbuHanim #Kwh2025
28 3
6 months ago
The 4Is That Transform the World | 4I yang Mengubah Dunia Idealized Influence, Inspirational Motivation, Intellectual Stimulation, Individualized Consideration. Empat ‘I’ ini bukan teori kosong, tetapi jantung kepada transformational leadership. Pemimpin yang mengamalkan 4I mampu membina kepercayaan, bukan ketakutan. Ibu lihat ramai usahawan berjaya bila mereka mula pimpin dengan hati. Bila mereka jadi inspirasi, beri ruang untuk fikir, dan kenal setiap jiwa dalam pasukan - itulah saat bisnes mereka mula berkembang. Dunia mungkin dikuasai mesin, tapi hanya manusia yang boleh menyentuh hati manusia. #bssbatch19 #organ1 #ibuhanim #annems
13 0
7 months ago
The World Has Changed. Has Your Leadership? | Dunia Dah Berubah. Kepimpinan Kamu Dah Berubah? Dunia kini bergerak laju - AI, Gen Z, dan inovasi digital mengubah cara bisnes hidup. Namun ramai pemimpin masih memimpin dengan cara lama; masih memberi arahan tanpa mendengar, masih mahu kuasa bukan pengaruh. Ibu selalu jumpa founder yang letih bukan sebab tak kuat, tapi sebab dunia berubah… dan mereka belum ikut berubah. Kepimpinan hari ini bukan tentang siapa paling kuat, tetapi siapa paling sedar. Sedari bahawa pasukan kamu perlukan empati, bukan ego. Mereka mahu didengar, bukan diarahkan. Ibu nak kamu tanya diri sendiri - adakah gaya kepimpinan kamu hari ini masih relevan untuk dunia yang sedang berubah setiap jam? Kalau belum, mungkin sudah tiba masa untuk kamu mula menyesuaikan haluan. #bssbatch19 #organ1 #ibuhanim #annems
17 0
7 months ago
Welcome Batch 19, Organ 1 💫 Selamat datang ke perjalanan 3 hari yang penuh makna bersama Ibu dan team! Tiga hari ini bukan sekadar program, tapi ruang untuk kita berehat sekejap dari kesibukan dunia luar, dan kembali semula kepada siapa kita sebenarnya di dalam. Dalam setiap sesi, setiap perbualan, dan setiap refleksi... akan ada peluang untuk kenal diri, lepaskan apa yang tak lagi perlu, dan hidup dengan lebih sedar. Ibu percaya, setiap daripada kita datang dengan cerita, pengalaman dan niat yang unik. Jadi, marilah kita belajar bersama dengan hati terbuka, tanpa perlu jadi sempurna. Terima kasih kerana memilih untuk hadir. Mari kita mulakan perjalanan ini dengan rasa ingin tahu, kasih, dan sedikit keberanian. #Organ1 #BSSBatch19 #IbuHanim #Annems
16 0
7 months ago