UKM Dulu vs Kini
Mengimbau kenangan di sekitar kampus UKM Bangi. Walaupun landskapnya berubah seiring dengan arus pemodenan, UKM tetap teguh berdiri sebagai lubuk ilmu yang membina masa depan generasi demi generasi.
Kampus kita, kebanggaan kita. Sayang UKM โค๏ธ
#18Mei1970 #UKM56Tahun
#SelamatUlangTahunUKM
#UniversitiKebangsaanMalaysia
๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ ๐๐๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐๐ซ๐๐ญ ๐๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej PERMATA@Pintar Negara (KPPN) UKM Tahun 2026 telah berlangsung dalam suasana muafakat dan semangat kebersamaan antara pihak kolej, ibu bapa serta warga KPPN UKM.
Majlis turut diserikan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua PIBG, YBrs. Mejar Jeneral Datoโ Hj. Mohd Shaifuddin bin Hj. Mohd Shariff serta ucapan perasmian oleh YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi mewakili Naib Canselor UKM.
Turut hadir, barisan pengurusan tertinggi Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM bagi memeriahkan mesyuarat agung pada kali ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pusat serta ibu bapa dan penjaga yang hadir serta memberikan sokongan dalam menjayakan mesyuarat ini.
Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa PIBG yang baharu dilantik bagi sesi 2026/2027. Sekalung penghargaan turut dirakamkan kepada barisan jawatankuasa terdahulu atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Semoga semangat kebersamaan ini terus memperkukuh hubungan antara semua pihak demi kecemerlangan anak-anak PERMATA@Pintar .
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#IlmuMutuBudi
#UKM
#UKMSharing
๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ก๐๐ง ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ซ๐๐๐ง ๐๐ข๐๐ฅ๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐ก ๐๐ข๐ ๐ ๐๐จ๐ฅ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ค ๐๐๐ ๐๐๐๐
Pasukan Bola Sepak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus membuktikan keunggulan apabila berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih Liga Bola Sepak IPT 2026 selepas menewaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) 3-1.
Skuad UKM mempamerkan disiplin yang tinggi dan aksi yang cemerlang dengan penuh semangat sepanjang perlawanan bagi memastikan trofi berprestij ini terus kekal milik UKM.
Kemenangan ini membuktikan komitmen berterusan UKM dalam pembangunan atlet serta kecemerlangan sukan universiti di peringkat tertinggi.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UKM, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman; Timbalan Naib Canselor HEPA UiTM, Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi; Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr. Hanafiah Ayub dan Pengarah Pusat Sukan UKM, Dr. Nur Shakila Mazalan.
Tahniah diucapkan kepada seluruh pemain, barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan atas kejayaan membanggakan ini.
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#IlmuMutuBudi
#UKM
#UKMSharing
๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ค ๐๐๐๐ข๐ง๐ญ๐๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฎ
Pertandingan Dendangan Syair IPT 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pertandingan ini diadakan sempena Festival Bitara Melayu (FESTIARA) Sesi 2025/2026. Sepanjang festival berlangsung, pelbagai aktiviti berunsurkan bahasa, sastera dan kebudayaan telah diketengahkan bagi mengangkat keindahan serta keunikan warisan Melayu.
Usaha ini bukan sahaja menyerlahkan bakat mahasiswa, malah menjadi medium penting dalam memupuk kecintaan terhadap bahasa Melayu sebagai lambang jati diri bangsa.
Majlis penutupertandingan Dendangan Syair disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman.
Antara yang hadir memeriahkan majlis ialah Dekan FSSK, Prof. Dr. Kadaruddin Aiyub dan Pengerusi Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Dr. Maslida Yusof bersama para pensyarah dan mahasiswa yang memberikan sokongan padu terhadap penganjuran program ini.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Kelab Pengajian Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atas penganjuran serta kerjasama strategik dalam menjayakan FESTIARA.
Semoga program ini terus diperkasakan pada masa hadapan sebagai platform memartabatkan bahasa dan seni budaya Melayu agar kekal relevan dan tidak dilupakan sepanjang zaman.
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#IlmuMutuBudi
#UKM
#UKMSharing
๐๐จ๐ซ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ก๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข ๐๐๐๐/ ๐๐๐๐
Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (kos SUKSIS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengadakan Perhimpunan Bulanan Sesi 2025/2026 bagi menghargai warga SUKSIS yang telah menjayakan pelbagai program sepanjang tahun 2025/ 2026.
Perasmian perhimpunan rasmi pertama bagi sesi 2025/2026 disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, yang merupakan Ajutan Kor SUKSIS UKM.
Dalam ucapan, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil menyampaikan amanat serta merakamkan penghargaan atas komitmen dan usaha seluruh warga Kor SUKSIS dalam menjayakan pelbagai program dan kursus yang telah dirancang.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Skuad 19 yang berjaya menamatkan Kursus Program Wajib Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasukan Gerakan Am Batalion 6 PGA, serta kepada Skuad 21 yang berjaya menyelesaikan Program Etika dan Pengurusan Integriti di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Selain itu, YDH. Ajutan turut menzahirkan sokongan dan ucapan selamat maju jaya kepada Skuad 20 yang bakal melaksanakan Program Khidmat Masyarakat dan Kursus Asas Pertolongan Cemas pada bulan Ogos nanti.
Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada Majlis Tertinggi, exco program, pegawai penyelaras, pegawai latihan serta barisan jurulatih atas pengorbanan masa, tenaga dan komitmen dalam memastikan kelancaran setiap program yang dilaksanakan.
Dalam amanatnya itu juga, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil menyeru seluruh pelatih agar terus mengekalkan disiplin, semangat kerjasama dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota Kor SUKSIS UKM, di samping terus berdaya saing dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Majlis turut dihadiri oleh barisan pegawai kehormat serta jurulatih Kor SUKSIS UKM.
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#IlmuMutuBudi
#UKM
#UKMSharing
๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ฎ๐ ๐๐ก ๐๐๐๐, ๐๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐๐ฌ๐๐ก๐๐ฐ๐๐ง ๐๐ข๐ค๐ซ๐จ
Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan Program Gugah Pembangunan Usahawan Mikro Berbudi Daya (UMBI) 2026 yang diadakan di Pustaka Negeri, Sarawak.
Program ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Hajah Rubiah Wang.
Dalam ucapan perasmian, Timbalan Menteri KKDW menekankan kepentingan sokongan dan panduan cendekiawan daripada institusi pendidikan tinggi negara dalam membimbing komuniti usahawan mikro.
Program Gugah UMBI 2026 dijalankan di tujuh zon seluruh Malaysia bagi memperkasa pembangunan dan kelestarian komuniti usahawan mikro, dengan Sarawak sebagai pembuka tirai.
Program ini merupakan sebahagian daripada komponen utama kajian yang tertumpu pada projek pembelajaran berasaskan khidmat bakti serta pembangunan rumusan pemantauan dan penilaian impak ke atas komuniti usahawan mikro yang berorientasikan makanan dan minuman.
Program Gugah UMBI ini ditawarkan secara percuma kepada komuniti usahawan mikro bagi 1,400 usahawan mikro terpilih di seluruh Malaysia.
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#IlmuMutuBudi
#UKM
#UKMSharing
Sorotan video Majlis Syarahan Perdana Profesor bertajuk โPermasalahan Deria Bau: Rawatan dan Inovasiโ yang disampaikan oleh Prof. Dr. Salina Husain dari Fakulti Perubatan.
Syarahan ini mengupas kepentingan deria bau dalam kehidupan manusia, cabaran gangguan deria bau serta perkembangan terkini dalam aspek rawatan dan inovasi perubatan.
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#IlmuMutuBudi
#UKM
#UKMSharing
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Fakulti Pengajian Islam (FPI) telah mengadakan Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LoI) dengan Elzar Shariah Solutions & Advisory, hari ini.
Majlis disempurnakan oleh Dekan FPI, Prof. Datoโ Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim dan Pengerusi Elzar Shariah Solutions Sdn. Bhd. Dr Zaharudin Abdul Rahman.
Melalui kerjasama strategik ini, FPI berperanan sebagai fakulti afiliat bagi pembangunan dan perkongsian kepakaran berkaitan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang kewangan Islam dan syariah di UKM.
Dalam majlis yang sama, turut berlangsung Penyampaian Anugerah JAUHARI@UKM melibatkan sumbangan dana zakat berjumlah RM50,000 daripada Pengarah Urusan Kumpulan Gagasan Nadi Cergas, Datoโ Haji Wan Azman Kamal.
Sumbangan tersebut akan dimanfaatkan kepada 50 orang pelajar asnaf FPI daripada lima program pengajian yang dipilih berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan, dengan setiap penerima menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000 seorang.
Hadir sama, Pengarah Yayasan Canselor, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed.
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#IlmuMutuBudi
#UKM
#UKMSharing
Sorotan video Majlis Perasmian Penutup Hari Suara Sedunia 2026 bertemakan "Memperkasakan Suara, Memartabatkan Budiโ.
Latihan Penjagaan Suara Khusus untuk Muadzin dalam kalangan pemegang tauliah agama sekitar Kuala Lumpur turut diadakan dalam program ini.
Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fauwaz bin Fadzil @ Ali hadir menyampaikan ucaptama, manakala majlis penutup disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali.
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#IlmuMutuBudi
#UKM
#UKMSharing
๐๐๐ฅ๐๐ญ๐ข๐ก ๐๐จ๐ซ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ข ๐๐๐ญ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐๐
Majlis Penutup Modul Kursus Pengenalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Kor SUKSIS UKM Sesi 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Kem Batalion 6, PGA Bakri selepas enam hari pelaksanaan bermula pada 4 Mei 2026.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman dengan dihadiri oleh Ajutan Batalion 6 Pasukan Gerakan Am, ASP Mohammad Zayed Majid; Pegawai Latihan Batalion 6 Pasukan Gerakan Am, Insp Azmi Yusof dan Pegawai Latihan Kor SUKSIS UKM, Insp Mohd Nurbadri Izwan Mohd Sabri.
Sepanjang kursus ini, para pelatih Kor SUKSIS UKM telah didedahkan dengan pelbagai ilmu dan latihan berkaitan asas Pasukan Gerakan Am, antaranya pembacaan peta, penggunaan kompas, pandu arah, teknik peperangan di medan serta kemahiran hidup di hutan.
Selain itu, pelbagai aktiviti turut dilaksanakan seperti latihan rondaan, kawad pangkalan, amali kompas dan rentas halangan yang berjaya menguji ketahanan fizikal serta memupuk semangat kepimpinan, komunikasi dan disiplin dalam kalangan pelatih.
Berteraskan tema โSatu Hati, Satu Arah, Satu Matlamatโ, program ini menjadi platform penting dalam membentuk mahasiswa dan mahasiswi Kor SUKSIS UKM yang berintegriti, berdaya tahan serta memiliki semangat kerjasama berpasukan yang tinggi.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Batalion 6 PGA Bakri, barisan jurulatih, urus setia serta jawatankuasa program atas segala kerjasama dan komitmen dalam menjayakan modul ini.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam membentuk jati diri serta melahirkan bakal pemimpin yang berwibawa pada masa hadapan.
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#IlmuMutuBudi
#UKM
#UKMSharing
๐๐ ๐๐ญ๐๐ ๐๐ค๐๐๐๐ฆ๐ข๐ค ๐๐๐ซ๐ข๐ฆ๐ ๐๐ฎ๐ซ๐๐ญ ๐๐๐ง๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ญ
Seramai 17 orang staf akademik menerima surat tawaran kenaikan pangkat dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kenaikan Pangkat Jawatan Akademik yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali di Bilik Senat.
Dalam majlis ini, lapan orang staf akademik menerima kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7), lapan orang staf akademik menerima kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred 14 dan seorang menerima kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred 13.
Kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7):
1. Prof. Madya Ts. Dr. Siti Aminah Osmanโ Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
2. Prof. Madya Dr. Asyaari Muhamad โ Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
3. Prof. Madya Dr. Chong Shinโ Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
4. Prof. Madya Dr. Aznida Firzah Abdul Azizโ Fakulti Perubatan
5. Prof. Madya Dr. Adawiyah Jamil โ Fakulti Perubatan
6. Prof. Madya Dr. Mohd Nazimi Abd Jabar โ Fakulti Pergigian
7. Prof. Madya Dr. Ahmad Munawar Ismail โ Fakulti Pengajian Islam
8. Prof. Madya Dr. Mohd Heikal Mohd Yunus โ Fakulti Perubatan
Kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred 14:
1. Dr. Fazlina Nordin โ Fakulti Perubatan
2. Dr. Sharifah Najiha Timmiati - Institut Sel Fuel
3. Dr. Nurul Wahida Othman - Fakulti Sains & Teknologi
4. Dr. Wye Chung Khain โ Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
5. Dr. Mizhanim Mohamad Shahimin - Fakulti Sains Kesihatan
6. Dr. Nurrul Shaqinah Nasruddin โ Fakulti Pergigian
7. Dr. Levin Kesu Belani โ Fakulti Perubatan
8. Dr. Mohamad Izzat Arsalan Che Ros โ Fakulti Perubatan
Kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred 13:
1. Dr. Fatimah Yusro Hashim โ Fakulti Undang-Undang
Turut hadir Timbalan Pendaftar Bahagian Sumber Manusia, Encik Muhamad Walid Osman serta barisan Dekan dan Pengarah Institut.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima atas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan ini. Semoga terus cemerlang dalam memperkasa kecemerlangan akademik dan menyumbang kepada pembangunan universiti, masyarakat dan negara.
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ ๐๐๐ฆ๐ข๐ง๐๐ซ ๐๐๐ซ๐ฎ๐๐๐ก๐๐ง ๐๐ค๐ฅ๐ข๐ฆ, ๐๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง, ๐๐ข๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐ข๐ง๐๐๐ค ๐๐๐ฅ๐๐ฌ ๐๐๐ฌ๐๐ซ ๐ค๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ญ๐๐ซ๐ข
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) menganjurkan seminar Interlinkages between Climate Change, Economy and Health: Challenges and Policy Responses towards Sustainable Development, di Bilik Senat, hari ini.
Program ini menampilkan Pengarah Adaptation Division, The United Nations Framework Convention on Climate Change(UNFCCC), Dr. Youssef Nassef.
Beliau menyampaikan Syarahan Umum berkenaan bagaimana tindak balas antarabangsa terhadap perubahan iklim dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan mengambil kira cabaran serta kesan jangka panjang.
Dr. Nassef turut membincangkan tinjauan masa hadapan yang boleh membantu masyarakat bersedia menghadapi perubahan iklim dengan lebih baik.
Beliau juga menjelaskan bahawa negara kecil dan sederhana boleh memainkan peranan penting dalam usaha menangani isu iklim dunia melalui kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik.
Dalam program ini, Naib Canselor, Prof Datoโ Dr. Sufian Jusoh turut mengendalikan seminar bertajuk Climate Diplomacy: Complexity, Tradeoffs and Foresightโ.
Seminar ini menampilkan Dr. Youssef Nassef; Dr. Revati Phalkey, Pengarah International Institute for Global Health; Prof. Dr. Goh Choo Ta, Pengarah LESTARI UKM dan Dr Intan Murnira Ramli, Senior Policy Fellow in the Policy Design Department, Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA).
Antara perkara yang dibincangkan dalam seminar tersebut ialah isu global seperti pandemik dan cuaca ekstrem, serta kesannya terhadap ekonomi, kesihatan awam dan perubahan iklim.
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#IlmuMutuBudi
#UKM
#UKMSharing