Program Concerts & Events in Malaysia Incentive (CEMI) 2026 kini dilancarkan!
Inisiatif strategik ini menawarkan rebat kewangan kepada penganjur konsert dan acara bagi memperkukuh ekosistem hiburan serta merancakkan aktiviti ekonomi tempatan.
Permohonan dibuka mulai hari ini hingga 27 Oktober 2026. Jangan lepaskan peluang untuk merealisasikan acara bertaraf dunia di Malaysia.
Mohon segera dan rujuk Garis Panduan penuh di 👉 mycreative.com.my/cemi (pautan di bio)
#CEMI2026
#MyCreativeGroup
#RIUH #BASKL
Skim Dana Padanan MyCreative (SDP) 2026 KINI DIBUKA!
Dapatkan dana padanan 1-dengan-1 sehingga RM250,000 untuk merealisasikan penghasilan karya asli atau harta intelek (IP) baharu anda!
Terbuka kepada pelbagai sektor termasuk Seni Persembahan, Visual, Kraf, Muzik, Digital dan banyak lagi.
⏳ Tarikh Tutup Permohonan: 27 Mei 2026 (Rabu)
Mohon segera dan rujuk Terma Rujukan (ToR) penuh di 👉 mycreative.com.my/grants (pautan di bio)
#SDP2026
#MyCreativeGroup
#RIUH #BASKL
SESI ASK ME ANYTHING EDISI DALAM TALIAN: Sertai Kami Secara Maya!
MyCreative Ventures menjemput semua pemain industri kreatif untuk menyertai sesi Ask Me Anything (AMA) Program Pembangunan Industri yang akan berlangsung pada 18hb. dan 19hb. Mei 2026, pada jam 3.00 petang.
Sesi AMA ini akan mengupas secara terperinci dua program pendanaan terkini iaitu:
🎤 Skim Dana Padanan MyCreative (SDP) [18 Mei] 🎶 Concerts & Events in Malaysia Incentive (CEMI) [19 Mei]
Setiap sesi akan memberi ruang kepada para pemain industri untuk bertanyakan soalan secara langsung kepada pihak pengurusan program; sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan maklumat mendalam tentang program-program dana tersebut.
🖥️ Sesi AMA ini akan diadakan secara dalam talian (online) melalui aplikasi Zoom. Pautan akan diberikan selepas pendaftaran disahkan.
📍 Tempat adalah terhad, DAFTAR SEKARANG! Pautan di bio atau imbas kod QR untuk mendaftar.
#CEMI2026 #SDP2026
#MyCreativeGroup
#RIUH #BASKL
Seluruh warga MyCreative Ventures ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada YBhg. Datuk Bahria Mohd Tamil atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi bermula Isnin, 11hb Mei 2026.
Semoga kepimpinan dan pengalaman beliau akan terus memperkukuh agenda pembangunan komunikasi strategik serta memacu pertumbuhan industri kreatif negara ke tahap yang lebih cemerlang.
MyCreative Ventures komited untuk terus bekerjasama dalam merealisasikan aspirasi dan inisiatif strategik Kementerian Komunikasi.
#MyCVGroup
#RIUH #BASKL
Seluruh warga MyCreative Ventures ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Encik Nik Kamaruzaman bin Nik Husin atas segala jasa, komitmen dan kepimpinan beliau sepanjang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi.
Dedikasi dan sumbangan beliau dalam memperkukuh ekosistem komunikasi serta pembangunan industri kreatif negara amat dihargai dan akan terus menjadi inspirasi buat semua.
Terima kasih atas segala khidmat bakti dan kerjasama yang telah diberikan. Semoga terus dikurniakan kejayaan dan kesejahteraan dalam setiap amanah yang akan datang.
#MyCVGroup
#RIUH #BASKL
Who's that artist? 🎤 Kitorang nak cabar korang teka nama-nama artis yang pernah perform kat event kitorang sebelum ni.
Comment down below and let us know your score!👇
#riuhinthecity #MyCreativeGroup
Kita kehilangan sebutir lagi permata industri seni tanah air hari ini.
Saudara Jalil Hamid merupakan seorang seniman yang tidak asing dalam dunia lakonan dan nyanyian sejak lebih empat dekad lalu.
Beliau merupakan penghibur yang unik dengan gaya dan bakat tersendiri.
Segala jasa, bakti dan sumbangannya akan sentiasa dikenang.
Takziah buat seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan seperjuangan Allahyarham. Semoga mereka diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.
Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.
#Repost @fahmifadzil.1
Celebrating the passion, creativity, and dedication behind every craft this Labour Day. 🛠️✨ Each role, empowered by its own tools, contributes to building ideas, shaping stories, and driving progress within the creative industry.
To all individuals in the creative field, MyCreative Ventures extends its appreciation and wishes you a Happy Labour Day. Thank you for your continuous efforts, commitment, and contributions in strengthening and advancing the nation’s creative economy. 🎨🇲🇾
#MyCreativeGroup
#RIUH #BASKL #CENDANA
Kenalkan, Mushroom Club - one of our vendors yang bawakan fresh, locally grown mushrooms + delicious creations you have to try.
That’s the RIUH vibe - discovering local brands, good food, and hidden gems all in one place ✨
Stay tuned for more info on our next event! 😏
#SapotLokal #riuhinthecity #MyCreativeGroup
Meet @ekha.my , one of our amazing vendors yang buat magic - tukar waste jadi treasure! Dorang punya barang 99% made from upcycled materials tau. Tapi the best part is, dorang nak all of you to experience sendiri macam mana fun sebenarnya proses upcycling ni.
Sesiapa yang nak get your hands dirty and belajar buat something meaningful, korang memang wajib singgah event RIUH sebab kitorang selalu bawakan workshops macam ni and banyak lagi! 💚
#SapotLokal #riuhinthecity #MyCreativeGroup
⚖️✨ We’re Hiring: Legal Executive
Join our team and take charge of legal matters, draft & review contracts, and ensure compliance across the organisation 📑 🔍 💼
If you’re detail-oriented , proactive , and ready to grow your legal career 🚀 We want to hear from you!
Apply now via link in bio 🔗
#MyCVCareers
#MyCVGroup
RIUH MarketPlays is all about fun, creativity, and good vibes - and we’re looking for brands and creatives to be part of it.
Retail, F&B, workshops, performers - if you’ve got something people will love, this is your stage.
Apply now via the link in bio. Stay tuned for more info 👀
#RIUHMarketPlays #riuhinthecity #MyCreativeGroup