Race Review - Dari pinggir laut W Bay Payang, Lahad Datu, menuju ke hutan purba Lembah Danum.
Cabaran jelajah gravel julung kali di Sabah dengan julukan nama "wildride-unseen Borneo", telah berjaya menarik penyertaan hampir 100 penggiat gravel dan mountainbike tempatan, semenanjung serta luar negara.
Ini juga kali kedua dalam siri jelajah yg menggabungkan genre mountainbike+gravelbike dalam 1 kategori selepas
@northbound.gravel Perlis kali pertama akhir musim lalu.
Persaingan sengit jelas antara kedua spesis basikal lasak dimana
@razif_salleh23 yg menggunakan gravelbike masih utuh johan walau di cabar rapat oleh pelumba XC berpengalaman, anak jati Sabah
@laurellauridsen yg memacu mountainbike melakukan attack demi attack.
Laluan ialah jenis batuan mampat black gravel Kategori 1 yang diselenggara rapi. Menu berbatu kelikir tanpa henti berjarak 88KM dengan elevation 1500+-.
Selepas neutral zone, tiada lagi selingan jalan berturap aspal, hanya gravel semata, sepanjang 'rolling' turun dan naik merentas lembah sehingga seakan mabuk batu. Terasa unik dengan kelibat orang utan, gajah pygmy, langur merah, rusa sambar dan enggang yang mengeluarkan bunyi jet super sonic ketika terbang merentas hutan tua berusia 130 juta tahun ini. Takjub walaupun keadaan sudah bonk dibuli bukit.
Terima kasih dan tahniah pada penganjur
@brldanumvalley (Sylviana) dan team BorneoNatureTour (our guide Ismail, Alwi, Anthenius & Greg), team
@eventfinderskk dengan saudara
@auther_j_kimon sebagai pengarah perlumbaan, berjaya menyusun rapi acara dari mula ketibaan, penginapan, bag drop dan sistem lojistik double venue yg efisien. Sememangnya mereka bukan calang-calang. Dari Ceo hingga ke semua staff dan kru, level keramahan dan hospitality tak tergambar.
Untuk info bakal peserta edisi 2, gtcc's combo 3h2m termasuk perlumbaan dan penginapan, airport transfer, guide, nite safari dan explorasi laluan kanopi. Teruskan jelajah, keep the scene alive! #graveltour #gravelmagazine #gravelgrinder Up next the
@whitestonegravelfest PD! Go gravel will travel.
📸 by OP AndyStreetPhotog
@rezreecky | bikebox by
@sapik.go &
@khassbicycles Johor Bahru | T's by
@graveler_inc print
@kingkongdamn