JPJ Negeri Perlis

@jpj.perlis

Follow : Twitter > /JPJNegeriPerlis Facebook > /JPJNperlis
Followers
954
Following
118
Account Insight
Score
25.33%
Index
Health Rate
%
Users Ratio
8:1
Weeks posts
Minum ? Jangan memandu. Memandu ? Jangan minum. Nyawa bukan untuk dipertaruhkan‼️‼️ Pemanduan di bawah pengaruh alkohol bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah turut mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain. Ingat, walaupun sedikit, alkohol tetap menjejaskan keupayaan memandu.
1 0
1 month ago
𝐀𝐃𝐕𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐁𝐀𝐒 & 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐒 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐑𝐄𝐒𝐒 𝐃𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐌𝐈𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐎𝐏𝐒 𝐇𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐀𝐑𝐀𝐔, 𝟐𝟕 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis melalui Unit Keselamatan Jalan Raya & Korporat telah melaksanakan aktiviti advokasi di sekitar Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu, Kangar pada 26 dan 27 Mac 2026 bersempena Ops Hari Raya Aidilfitri 2026. Dalam tempoh dua hari tersebut, pasukan advokasi telah berkesempatan menyampaikan advokasi kepada 42 orang pemandu bas dan penumpang bas anggaran seramai 155 orang.
1 0
1 month ago
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 & 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐏𝐉 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 ARAU, 27 Mac 2026 - YBrs. Puan Noraini bt. Mohd Nawi, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis telah turun padang bagi meninjau setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara profesional serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh jabatan. JPJ Negeri Perlis akan terus komited memperkukuh penguatkuasaan serta memastikan operasi dilaksanakan secara berkesan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan semua pengguna jalan raya. Sumber: Unit Keselamatan Jalan Raya & Korporat JPJ Negeri Perlis.
5 0
1 month ago
Rondaan & Snap Check Sempena OPS Hari Raya Aidilfitri ARAU, 27 Mac 2026 - Penguatkuasaan rondaan dan snap check telah diteruskan di sekitar negeri Perlis sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Hasil pemeriksaan oleh pasukan rond telah berjaya mengesan dan menahan sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang warga asing yang melakukan aktiviti prebet sapu. Siasatan awal mendapati pemandu tersebut membawa penumpang terdiri daripada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dari Stesen KTM Arau ke UUM. Kesalahan yang dilakukan adalah Salah Guna Lesen Kenderaan Motor (LKM), iaitu menggunakan kenderaan persendirian bagi tujuan membawa penumpang secara tidak sah. Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan mengeluarkan Notis Saman JPJ (P) 22 terhadap pemandu terbabit. JPJ Negeri Perlis juga ingin menasihati orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang sah. Elak daripada mendapatkan perkhidmatan pengangkutan yang tidak sah kerana bukan sahaja ia salah di sisi undang², malah anda juga tidak dilindungi insurans sekiranya berlaku kemalangan. Sumber: Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Perlis.
1 0
1 month ago
𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐓𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐓𝐀 𝐀𝐏𝐈 𝐀𝐑𝐀𝐔, 𝐑𝐎𝐍𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐍𝐀𝐏 𝐂𝐇𝐄𝐂𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐎𝐏𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈(𝐇𝐑𝐀) 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐀𝐑𝐀𝐔, 𝟐𝟔 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 - JPJ Negeri Perlis terus komited melaksanakan 𝐩𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐬𝐭𝐞𝐬𝐞𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐚𝐩𝐢, 𝐫𝐨𝐧𝐝𝐚𝐚𝐧 dan 𝙨𝙣𝙖𝙥 𝙘𝙝𝙚𝙘𝙠 di beberapa lokasi tumpuan utama di sekitar negeri ini. Rondaan dan snap check ini bertujuan bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya serta meningkatkan tahap keselamatan dalam kalangan pengguna. Sumber: Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Perlis.
1 0
1 month ago
𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐒, 𝐑𝐎𝐍𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐍𝐀𝐏 𝐂𝐇𝐄𝐂𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐎𝐏𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈(𝐇𝐑𝐀) 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐀𝐑𝐀𝐔, 𝟐𝟓 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 - JPJ Negeri Perlis terus komited melaksanakan 𝐩𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐬, 𝐫𝐨𝐧𝐝𝐚𝐚𝐧 dan 𝙨𝙣𝙖𝙥 𝙘𝙝𝙚𝙘𝙠 di beberapa lokasi tumpuan utama di sekitar negeri ini. Pemeriksaan bas ini adalah langkah berterusan bagi memastikan tahap keselamatan pengangkutan awam sentiasa berada pada tahap optimum. Rondaan dan snap check ini bertujuan bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya serta meningkatkan tahap keselamatan dalam kalangan pengguna. Sumber: Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Perlis.
0 0
1 month ago
Rondaan & Snap Check Sempena OPS Hari Raya Aidilfitri ARAU, 27 Mac 2026 - Penguatkuasaan rondaan dan snap check telah diteruskan di sekitar negeri Perlis sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Hasil pemeriksaan oleh pasukan rond telah berjaya mengesan dan menahan sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang warga asing yang melakukan aktiviti prebet sapu. Siasatan awal mendapati pemandu tersebut membawa penumpang terdiri daripada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dari Stesen KTM Arau ke UUM. Kesalahan yang dilakukan adalah Salah Guna Lesen Kenderaan Motor (LKM), iaitu menggunakan kenderaan persendirian bagi tujuan membawa penumpang secara tidak sah. Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan mengeluarkan Notis Saman JPJ (P) 22 terhadap pemandu terbabit. JPJ Negeri Perlis juga ingin menasihati orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang sah. Elak daripada mendapatkan perkhidmatan pengangkutan yang tidak sah kerana bukan sahaja ia salah di sisi undang², malah anda juga tidak dilindungi insurans sekiranya berlaku kemalangan. Sumber: Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Perlis. Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama. Terus ikuti laman sosial rasmi JPJ Negeri Perlis untuk sebarang infomasi terkini. 𝙎𝙖𝙡𝙪𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙙𝙪𝙖𝙣 𝙩𝙧𝙖𝙛𝙞𝙠 𝙙𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙞𝙣² 𝙖𝙙𝙪𝙖𝙣 𝙠𝙚 𝙚-𝘼𝙙𝙪𝙖𝙣@𝙅𝙋𝙅 (𝙈𝙮𝙅𝙋𝙅), 𝙎𝙞𝙎𝙋𝘼𝘼, 𝙥.𝙥𝙚𝙧𝙡𝙞𝙨@𝙟𝙥𝙟.𝙜𝙤𝙫.𝙢𝙮 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙙𝙞 𝙩𝙖𝙡𝙞𝙖𝙣 04-9760097. #JPJMalaysia #JPJPerlis #JPJ2026 #JPJ79 #BersamaMembinaJPJ TekadBersamaMelangkauiBatas SatuSuaraSeratarata DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ AntiBriberyManagementSystem JPJPerlisDipersijilkanMSISO370012016ABMS infoJPJ aduanJPJ soalanJPJ viralJPJ keselamatanjalanrayatanggungjawabbersama PanduSelamatSampaiSelamat
2 0
1 month ago
Pandu Cermat, Sampai Selamat
1 0
1 month ago
𝐑𝐎𝐍𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐍𝐀𝐏 𝐂𝐇𝐄𝐂𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐎𝐏𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈(𝐇𝐑𝐀) 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐀𝐑𝐀𝐔, 𝟐𝟒 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 - JPJ Negeri Perlis terus komited melaksanakan operasi 𝐫𝐨𝐧𝐝𝐚𝐚𝐧 dan 𝙨𝙣𝙖𝙥 𝙘𝙝𝙚𝙘𝙠 di beberapa lokasi tumpuan utama di sekitar negeri ini. Rondaan ini bertujuan bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya serta meningkatkan tahap keselamatan dalam kalangan pengguna. Sumber: Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Perlis. Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama.
1 0
1 month ago
𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐌𝐈𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐎𝐍𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐑𝐀𝐔, 𝟐𝟒 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 - JPJ Negeri Perlis telah membuat pemeriksaan terhadap beberapa buah bas dan terus komited melaksanakan operasi 𝐫𝐨𝐧𝐝𝐚𝐚𝐧 dan 𝙨𝙣𝙖𝙥 𝙘𝙝𝙚𝙘𝙠 di beberapa lokasi tumpuan utama di sekitar negeri ini. Pemeriksaan ini adalah sebahagian daripada operasi bersempena Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026. Hasil rondaan di sekitar Kuala Perlis oleh Unit Operasi, sebuah kenderaan barangan telah disita kerana telah melakukan beberapa kesalahan iaitu 𝐋𝐊𝐌 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐎𝐇,𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐔𝐑𝐀𝐍 ,𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐂𝐃𝐋 dan 𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐆𝐃𝐋. Kenderaan tersebut telah dibawa pulang ke Pejabat JPJ Negeri Perlis untuk tindakan selanjutnya. Sumber: Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Perlis. Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama. Terus ikuti laman sosial rasmi JPJ Negeri Perlis untuk sebarang infomasi terkini.
0 0
1 month ago
𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐌𝐈𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐎𝐍𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒. 𝐀𝐑𝐀𝐔, 𝟐𝟑 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 - JPJ Negeri Perlis telah membuat pemeriksaan terhadap beberapa buah bas dan terus komited melaksanakan operasi 𝐫𝐨𝐧𝐝𝐚𝐚𝐧 dan 𝙨𝙣𝙖𝙥 𝙘𝙝𝙚𝙘𝙠 di beberapa lokasi tumpuan utama di sekitar negeri ini, bersempena Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026
0 0
1 month ago
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐑𝐎𝐍𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 Arau, 22 Mac 2026 – JPJ Negeri Perlis telah melaksanakan operasi rondaan sempena Ops Hari Raya Aidilfitri bagi tujuan pemantauan di beberapa lokasi. Operasi ini dijalankan bagi mempertingkatkan tahap penguatkuasaan, di samping mewujudkan persepsi kebarangkalian ditangkap (POBC) dalam kalangan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan ketika berada di jalan raya.
0 0
1 month ago