HAPPY BIRTHDAY BOSS & MADAM 🔥
Alhamdulillah prank menjadi walaupon gaya macam nak kantoi 😆 Memori yang simple tapi sangat bermakna buat kami semua. Apa-apa pon kami semua doakan semoga Boss & Madam sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan berada di bawah lindungan Allah SWT. Aminn
Esok dah tahun baru. Terima kasih kepada boss & madam sentiasa menjaga kebajikan kami semua sepanjang tahun ni 😊 Semoga tahun depan kita dapat cipta lebih banyak lagi kenangan bersama. Insya Allah ✨
Team building ini bukan sekadar aktiviti. Ia adalah ruang untuk kita melihat antara satu sama lain sebagai manusia, dan bukan hanya sekadar rakan sekerja.
Dalam setiap gelak tawa, peluh dan cabaran yang kita hadapi, kita temui sesuatu yang lebih besar iaitu kesungguhan untuk terus maju bersama. Langkawi bukan sekadar destinasi, ia menjadi saksi bagaimana sebuah pasukan berubah menjadi sebuah keluarga.
Dan di sini, kita belajar satu perkara, iaitu kejayaan syarikat bukan dibina oleh seseorang, tetapi ia dibina oleh sekumpulan manusia yang berkongsi visi yang sama.
Perjalanan ini mengajar kita bahawa untuk melangkah lebih jauh, kita mesti melangkah BERSAMA.
#nbgroup
Alhamdulillah.
Dapat juga berbakti pada MARA. Terima kasih MARA banyak bantu saya dalam urusan Pendidikan dahulu kala dalam mendidik menjadi insan berguna.
#merakyatkanmara
Hidup ini keras dikk!!
Bukan senang kita nak puaskan hati semua pihak yang berada di sekeliling kita.
Kadang dalam kehidupan, dengan wang ringgit pun habis dilupakan segala jasa dan kenangan bersama.
Best travel di China, banyak ilmu dan manfaat yang kita akan dapat. Depa hidup bukan kerana kejar duit semata-mata tapi demi untuk kepuasan diri dan minat depa terhadap perkara yang depa buat. Tak tindas sesama bangsa depa. Tak dak niat nak jatuhkan atau matikan pesaing. Walaupun perniagaan kiri dan kanan adalah perniagaan yang sama.
Perbetulkan niat kita balik, insya-Allah akan dipermudahkan segalanya. Kalau niat kita tak betul, sampai bila-bila pun duit tu takkan cukup untuk kehidupan dan diri kita. 👍
#munasabahdirisendiri