Alhamdulillah…
Kakitangan kami berpeluang melawat dua telaga air yang telah dibina di kawasan Aceh Tamiang. Telaga-telaga ini adalah hasil wakaf dan sumbangan daripada orang ramai yang tidak pernah berhenti menyokong.
Melihat sendiri bagaimana air bersih mengalir dan dimanfaatkan oleh masyarakat setempat benar-benar menyentuh hati. Air inilah yang digunakan untuk membersihkan rumah, memasak, minum, dan mandi setiap hari.
Bagi kita, air mungkin sesuatu yang mudah didapati, tetapi bagi mereka, ia adalah nikmat yang sangat berharga. Setiap titisan air yang mengalir dari telaga ini insyaAllah menjadi pahala yang berterusan (sedekah jariah) buat semua yang berwakaf dan menyumbang.
Terima kasih kepada semua yang menjadi asbab terbinanya telaga-telaga ini. Semoga Allah membalas setiap kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda. 🤍
#WakafTelagaAir #SedekahJariah #MisiKemanusiaan #AcehTamiang
Tadika & Sekolah Al-Afwa Wal-Aafiyah.
Di G@2a , anak-anak ni bukan sekadar nak belajar…
mereka tengah lawan hidup setiap hari.
Kami buka tadika & sekolah ni supaya mereka ada tempat selamat,
boleh belajar, boleh senyum sikit… walaupun dunia mereka hancur.
Kami ajar mereka membaca, menulis, hafal Al-Quran,
dan paling penting — kami tanam iman & harapan dalam hati mereka.
Demi Allah, sokongan anda sangat besar maknanya…
Setiap ringgit yang anda beri, insyaAllah jadi pahala yang berterusan (sadaqah jariah).
Mungkin bagi kita kecil…
tapi bagi mereka, itu harapan untuk terus hidup.
🤲 Doakan anak-anak Ga2@… jangan tinggalkan mereka.
Di Gaza, anak-anak di Sekolah Afwa Al Afiyah ini melakukan aktiviti melukis dan mewarna, seperti biasa.
Tapi bila lihat hasil mereka, satu perkara yang sama muncul berulang kali, iaitu rumah.
Ringkas lukisan mereka.
Ada pintu, ada tingkap, ada matahari.
Tapi kita tahu, itu bukan sekadar lukisan.
Itu apa yang mereka ingat.
Itu apa yang mereka rindu.
Bagi kita, rumah mungkin benda biasa.
Balik kerja, balik rehat.
Tapi bagu mereka, rumah adalah sesuatu yang belum tentu masih ada… dan belum tentu boleh kembali.
#Gaza #AfwaAlAfiyah
Album kelima Tradisional dari Biduanita Negara!!! Gema Bumantara 💚 @ctdk terangkan tentang maksud disebalik Gema Bumantara ni & harapannya untuk lagu tradisional #ERARadioNo1PalingLegit #CartaERA40
Biduanita Negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza kongsi kisah beli makanan di Threads sehingga boleh bantu lancarkan rezeki peniaga tu sehingga tamatkan pengajian Masters 🥺 Murah rezeki @ctdk 💚 #ERARadioNo1PalingLegit #CartaERA40
Merdunya 😩 Carta ERA 40 minggu ini special bersama Biduanita Negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza 💚 Sitizoners semua boleh standby tune in ERA sekarang!! Boleh dengarkan juga menerusi Aplikasi Phone, Download ERA Muzik Hit Terkini! #ERARadioNo1PalingLegit
Terima kasih Biduanita Negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza hantar Karipap Sardin untuk Petang ERA 💚 Sedap!! Alhamdulillah rezeki harini! #ERARadioNo1PalingLegit
Alhamdulillah! Rezeki Hari Jumaat tiba-tiba dapat mesej dari Kak Rozie yang Biduanita Negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza nak hantar Karipap Sardin untuk geng #PetangERA 😍🫶🏻 Terima kasih @ctdk memang sedap!!! #ERARadioNo1PalingLegit