Mendengar Kisah Di Sbalik Lagu “Di Ambang Sore”, Lagu Yang Telah Sedikit Sbanyak Meletak Nama Herman Tino Di Dalam Peta Seni Nusantara !
Efek Rumah Kayu Sebuah Kandungan Yang Sarat Dengan Cerita Daripada Seniman Senior Tentang Apa Yang Berlaku Di Zaman Era Sebelum Internet.
Saksikan Efek Rumah Kayu Jilid 1 Bersama Pak Herman Tino Yang Telah Dilepaskan Sepenuhnya Di Youtube CataloQue.
Perempuan Kalis Peluru - Gambar Gerak ( Visualiser ) 1 .
Hanya Kau Seorang Di Dalam Berjuta Juta Ribu Ribu,
Saya Cemburu Dengan Mu,
Perempuan Kalis Peluru ..
Keluar Secara Digital : 22/5/26 !
Tapi Lagi Terbaik Dapatkan Cetakan Fizikal Piring Hitam Dan Kaset "Tunjuk Langit" . Cetakan Kedua Dalam Perjalanan !
Akhirnya , Efek Rumah Kayu , salah satu cabang baru kami di Pancasona / Makmal Kg. Batu kini tiba masa untuk belayar ! Malam Ini , 9 malam di Youtube CataloQue .
Jilid 1, dimulakan dengan Pak Herman Tino, berborak santai tentang kembara seninya serta cerita- cerita belakang tabir yang kini menjadi sejarah.
Harap maaf almaklum lah kerana kandungan ini terbitan atas usaha initiatif kami sendiri di “Syarikat Tempeyek Buyong” tanpa sebarang tajaan konglomerasi, tak dapat kami hakcipta untuk salut audio “gold standard” karya- karya agung Pak Herman / Allahyarham Pak S Atan Semasa Temubualnya .
Namun kandungannya tetap berisi , diharap perkongsian ini menjadi pedoman serta panduan untuk kita semua truskan “seni” kita ini. Kita cuba perbaiki lagi selepas ini !
Seni Bukan Picisan , Bismillah !
Slamat Hari Ibu Yang Teristimewa Kepada Permaisuri Istanaku , Bonda Kepada Anak Anakku, Menteri Dalam Dan Luar Negeriku , Nyawaku , Pujaan Hatiku, Perempuan Kalis Peluruku !