Dapatan seunit Terminator T-S189 pasal persembahan teater ODISI ROMANSA arahan Ridhwan Saidi @binfilem terbitan @mokamochaink . SEGERA TONTON! Berbaki persembahan 14-17 Mei 2026! #odisiromansa
*
Komponen utama rindu adalah jarak. Depan mata selepas mengecas bateri pun sudah merindu dan ingin berteman, inikan pula berjauhan melangkaui heliosfera. Bittersweet.
*
Babak lucu bila android guna hampagas bersihkan lantai pusat server. Selalunya kalau filem sains fiksyen android ni task dia macam rumit. Mempertahankan diri daripada musuh, menaakul data. Tapi ini buat kerja manusia. Bersihkan habuk.
*
Firmware Android Z macam manusia generasi purbawara. Dia android purist dengan tutur bahasa semacam berpantun, puitis. Tapi bila Android Y update diri ke firmware baharu, dia lebih manusiawi dan rentak percakapan pula macam manusia zaman sekarang. Setelah itu di Bumi terjadi pertempuran antara android purist dan android manusiawi. Apa android bercakaran pasal bahasa? Bahasa memanusiakan android?
*
Karakter Manusia tu cenderung takfiri. Dia mengkafirkan android itu kerana ingkar dan bersifat songsang, zalim. Manusia berlagak Tuhan.
*
Akan tiba masa bila manusia dah pupus, android akan pentaskan kembali teater ODISI ROMANSA.
Sedikit sorotan foto & video kesemua set #kenasoundonthespot ke-20 bersama @basicallygohleekwang & MAB 189. Terima kasih buat audien serta artis! 🙏🏽
#kancaheksperimental #tegakbalai #gohleekwang #modularmalaya
Program #kenasoundonthespot ke-20 bersama Goh Lee Kwang seorang artis bunyi prolifik dengan pengalaman lebih 20 tahun menukang muzik yang menolak kelaziman meliputi gaya avant-garde, elektronik, serta rakaman audio lapangan. Turut di program bersama penunggu Tegak Balai, MAB 189.
Jemput hadir untuk program istimewa ini. #kancaheksperimental #tegakbalai #gohleekwang
Sedutan video kesemua set #kenasoundonthespot ke-19 bersama @leng_seong & MAB 189. Pancaran imej reaktif audio daripada Turi Agostino. Projektor daripada @mhaziqnazir .
Terima kasih! 🙏🏽 #kancaheksperimental #tegakbalai #lengseong #modularmalaya
Program #kenasoundonthespot ke-19 bersama Leng Seong alias Turi Agostino kelahiran Australia dan kini bertapak di Berlin, Jerman. Dari leluhur rentas budaya/bangsa Tionghua-Malaysia-Italia, seorang Turi merupakan produser yang memeluk pelbagai genre muzik berkonsep identiti dan eksistensial serta bereksperimen pada auditori sonik serta visual.
Turut di program bersama penunggu Tegak Balai, MAB 189.
Jemput hadir untuk program istimewa ini. #kancaheksperimental #tegakbalai #lengseong
Program #kenasoundonthespot ke-18 bersama Hasnizam, Ainolnaim dan Fendi M. dari kolektif SPECTRA. Tri-sosok pandai bunyi/komposer dengan pengalaman pada bunyi elektronik, skor, rakaman lapangan serta elektro-akustik. Jemput hadir untuk program istimewa ini.
Turut di program bersama penunggu Tegak Balai,
MAB 189. #kancaheksperimental #tegakbalai #memlabspectra
Program #kenasoundonthespot ke-17 bersama pandai saksofon 🎷 Jonas Engel yang aktif di kancah eksperimental/improv di kota Cologne & Copenhagen.
Gaya bermuzik Jonas pada gabungan perkakas asas seperti hos PVC juga trumpet plastik serta memproses bunyian akustik kala persembahan.
Turut serta di program KSOTS, penunggu Tegak Balai, MAB 189. #kancaheksperimental #tegakbalai
Sedutan video kesemua set #kenasoundonthespot ke-16 bersama @kswsuper21@yandsen@violachristoven dan MAB 189. Terima kasih! #kancaheksperimental #tegakbalai
#kenasoundonthespot Februari 2026 bersama Christoven @violachristoven asal Singapura 🇸🇬 juga Yong Yandsen @yandsen , Kok Siew-Wai @kswsuper21 & penunggu Tegak Balai MAB 189.
Jemput hadir.
#kenasoundonthespot #kancaheksperimental #hardlistening #tegakbalai
31 JAN - 1 FEB 2026
Acara muzik di @khatulistiwa.noise bersama @yandsen , @kswsuper21 , Yin @fallensun19 Reverse Image dan Alvin @angqasa . Rakaman audio langsung oleh @yiikahhoe . Terima kasih @topmanchong !
KLAB 2026 @klab.my melepak sebentar berjumpa T.S. Adam, Ani ‘Beduk Logam’ Aziz dan teman Ridhwan sarapan sambil cari suratkhabar dan pekena air MILO trak. Dapat zine cerpen DISTOPIA, zine foto Pengalaman Prangin, majalah muzik dan budaya Sonik @sonikmalaysia dan manga alternatif Talk To My Back penulis/pelukis Yamada Murasaki dengan terjemahan Ryan Holmberg.
👋🏽
#kancaheksperimental #khatulistiwanoise #klab2026 #modularmalaya #yamadamurasaki
Program #kenasoundonthespot ke-16 bersama ganda campuran Passepartout Duo serta artis tempatan Soong Roger dan MAB 189 . Program berjalan elok dan terima kasih kepada audiens! #kancaheksperimental